KUCHING, 11 Mei: Sebanyak lapan pasukan menyertai Kejohanan Badminton Sempena Peringatan Hari Polis ke-218 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.
Kejohanan yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya itu melibatkan bahagian, cawangan dan balai di bawah pentadbiran IPD Kuching.
Majlis penutupan kejohanan badminton disempurnakan Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu.
IPD Kuching dalam kenyataannya berkata, aktiviti sukan seperti badminton diadakan untuk memberi peluang kepada warga IPD Kuching mengasah bakat.
Disamping itu, aktiviti sukan seperti dapat mewujudkan semangat berpasukan, menguji ketahanan fizikal dan mental pemain.
Ia juga dapat melahirkan warga kerja IPD Kuching yang sihat, cergas dan ceria.- TVS