Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ghaz Zawawi, Cheryl Toh dan Fattah Bohl antara barisan hos Konsert MeleTOP TVS. Foto TVS

Konsert MeleTOP TVS permulaan konsert besar di Miri

ByVanessa Enjop

MIRI, 11 Mei: Buat julung kalinya, Miri bakal menjadi tuan rumah konsert mega iaitu Konsert MeleTOP TVS dibawa khas oleh TVS dan Astro pada 17 Mei di Stadium Bandaraya Miri.

Hos Konsert MeleTOP TVS, Ghaz Zawawi berkata, penganjuran konsert tersebut di Miri sebagai detik bersejarah.

“Konsert ini sesuatu yang luar biasa. Sebelum ini, orang Sarawak fikir konsert mega hanya di Kuching. Tapi kali ini, kita bawa ke Miri dan ini mungkin jadi permulaan kepada banyak lagi konsert di lokasi lain,” katanya ketika ditemui di Permaisuri Imperial Mall bersempena Konsert MeleTOP TVS, hari ini.

Rakan pengacara, Cheryl Toh menjelaskan, kerjasama strategik antara TVS dan Astro merupakan pencetus kepada impak lebih besar dunia hiburan di Borneo.

“Kita bukan bersaing, tapi berkolaborasi. Ini adalah perayaan besar sempena ulang tahun ke-20 Miri sebagai bandar raya. Siapa tahu, tahun-tahun mendatang, lebih banyak program seperti ini bakal diterbitkan oleh TVS,” ujarnya.

Sementara itu, Fattah Bohl turut mengajak warga Miri untuk turun padang beramai-ramai bagi memeriahkan konsert tersebut dan menikmati malam penuh warna-warni muzik.

“Jangan lepaskan peluang! Terutamanya orang Miri, datang ramai-ramai ke konsert Meletop TVS dan juga Konsert Berkat Gawai Kaamatan pada 17, 18 dan 21 Mei nanti,” jelasnya.

Mengangkat tema “Nang Champiyen, Nang Legend” konsert tersebut menampilkan artis popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88, Namie, Nadeera Zaini dan ramai lagi.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke Stadium Bandaraya Miri pada Sabtu, 17 Mei 2025, jam 9 malam untuk menyaksikan konsert ini secara percuma.

Jangan lepaskan peluang bertemu artis kesayangan anda secara langsung dan merasai sendiri kehangatan acara hiburan peringkat kebangsaan di Miri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan