KUCHING, 11 Mei: Sebuah kereta jenis Ford Cougar terbakar di Jalan FAC Matang pagi tadi.
Komander Operasi, Asmadi Mohammad Nawei berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.34 pagi dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Ford Cougar yang terbakar keseluruhan.
“Pihak bomba melakukan pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos, satu nozel dan air daripada jentera bomba ke pam angkut sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.-TVS