Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Alex Hansen teruja dalam kembara bersama kelabnya ke Kuching. Foto TVS

Kembara 16 jam demi semangat persaudaraan kelab motosikal

KUCHING, 11 Mei: Beberapa kelab motosikal sanggup mengharungi perjalanan selama 16 jam demi untuk bertemu kelab motosikal lain di 2nd Sarawak International Bike Gathering (SIBG) 2025 yang berlangsung bermula Jumaat lalu atas semangat persaudaraan.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) Brunei, Pengiran Redzuan Pengiran Ahmad, 57, kumpulan mereka menerima jemputan dari penganjur iaitu Borneo Island Big Bikers (BIBB) dan di atas dasar persahabatan kelab motosikal kumpulan itu sanggup menempuh perjalanan selama 16 jam dari Brunei ke Kuching bersama 66 jentera berkuasa tinggi dan 74 ahli.

“Penganjur SIBG 2025 adalah rakan rapat dalam berpersatuan, mempunyai minat, visi, misi yang sama di dalam permotoran untuk mengembangkan acara-acara permotoran khususnya di seluruh Kepulauan Borneo

“Atas dasar persaudaraan, persatuan PEMODA sanggup dan mesti hadir pada acara SIBG 2025 ini,” katanya ketika ditemui TVS.

Bagi kelab motosikal Bikers Brotherhood 1% MC Indonesia West Borneo Chapter, kembara dari Pontianak ke Kuching mengambil masa 7 jam.

Menurut Presiden kelab itu Alex Hansen, 37, kelab motosikal itu teruja dalam kembara ini lantaran permukaan jalan raya di Sarawak yang jauh lebih baik.

“Terus terang, jalan di Malaysia (Sarawak) itu lebih bagus jika dibandingkan dengan Indonesia, banyak berlubang dan sebagainya.

“Jika disini ok, ada lebuhraya, di Indonesia (Kalimantan) tidak ada,” jelasnya lagi.

Bagi wakil kelab motosikal Sabah Big Bikers Association (SBBA), Hasbullah Hamid, kelab mereka memilih untuk bermalam di Miri terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan selama 7 jam ke Kuching, keesokan harinya.

Beliau turut menjadikan persaudaraan kelab bermotosikal sebagai alasan pertama kumpulan itu sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 1,100 km yang mengambil masa keseluruhan 13 jam.

Seramai 62 kelab bermotosikal dengan ahli melebihi 1,000 orang berhimpun di Kuching selama tiga hari bermula Jumaat lalu pada acara kedua SIBG tahun ini meliputi tiga negara luar iaitu Brunei, Kalimantan Barat dan Indonesia serta kelab motosikal tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan