Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naki dan Phoebe Chloe semasa menghadiri Hello Miri di Permaisuri Imperial Mall bersempena Konsert MeleTOP TVS. Foto TVS

Dua anak Miri bakal warnai MeleTOP TVS Special

ByVanessa Enjop

MIRI, 11 Mei: Dua bintang muda kelahiran Sarawak bakal tampil buat kali pertama di pentas berskala besar menerusi MeleTOP TVS Special yang bakal berlangsung pada 18 Mei ini di Stadium Bandaraya Miri.

Phoebe Chloe akan membuat persembahan pada Konsert Berkat Gawai – Kaamatan yang berlangsung 21 Mei di lokasi sama.

Artis muda meningkat naik, Phoebe Chloe berkata, peluang tersebut merupakan satu penghormatan besar kepada dirinya dan komuniti seni di Sarawak.

“Bagi saya, dari kecil hanya tengok artis di kaca televisyen. Ini kali pertama membuat persembahan di pentas sama. Saya terharu kerana konsert ini pertama kali diadakan di Miri,” katanya.

Naki pula teruja apabila diberi ruang untuk mempersembahkan lagu popularnya, Masa dan Puteri dengan susunan baharu untuk konsert tersebut.

“Saya tidak sabar hendak tunjukkan kepada semua. Saya bersyukur kerana konsert ini dapat menunjukkan keindahan Miri. Ini adalah tempat cantik, penduduk mesra dan banyak keistimewaan lain.

“Bagi saya, Miri memang perlu diiktiraf seperti ini,” ujarnya.

Konsert MeleTOP TVS yang akan berlangsung pada 17 Mei 2025 akan disiarkan secara langsung di TVS (Saluran 122 di Astro, MYTV dan UnifiTV), Astro ONE serta Sooka.

Ia dimeriahkan dengan persembahan artis ternama seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88, Namie, dan ramai lagi.

Pada 21 Mei, Konsert Berkat Gawai – Kaamatan akan menampilkan ratu rock negara Ella diikuti Bob Yusof, Ramles Walter, Dabra Sia, Velvet Aduk, Roxy Ixzy, SMDX, and Marina Jara dari Kalimantan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan