Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Muhammad Razi Sitam ketika menanam pokok sebagai simbolik projek benteng hakisan Pusat Komuniti Debak. Foto TVS

Benteng hakisan Pusat Komuniti Debak siap sepenuhnya

DEBAK, 11 Mei: Projek pembinaan benteng hakisan di Pusat Komuniti Debak siap sepenuhnya dengan kos RM200,000.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, ia penting untuk mengatasi masalah hakisan di kawasan tersebut.

Menurutnya, projek tersebut merupakan antara usaha untuk memastikan kemudahan awam di Debak bukan sahaja selamat tetapi memudahkan dan boleh digunakan masyarakat setempat.

“Secara dasarnya, projek ini dibina bagi mengatasi masalah hakisan tanah di Pusat Konuniti Debak ini yang boleh mengancam keselamatan dan kestabilan tanah di sekitarnya.

“Kini ianya siap sepenuhnya, tidak ada sebarang kerisauan lagi bagi kita terhadap keselamatan orang ramai yang berkunjung ke sini kelak,” katanya ketika ditemui selepas simbolik penyerahan Tapak Projek Benteng Hakisan Dewan Millenia Debak pada Ahad.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan