Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah bengkel motosikal tiga tingkat di Jalan Duranta terbakar petang tadi. Foto Mohd Nur Khairuddin (TVS)

Bengkel motosikal tiga tingkat di Miri terbakar

MIRI, 11 Mei: Sebuah bengkel motosikal tiga tingkat di Jalan Duranta di sini, terbakar petang tadi.

Komander Operasi, Robinson Anyie Danyin berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 4.50 petang dan menggerakkan 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dan BBP Lopeng ke lokasi kejadian.

Sebuah bengkel motosikal tiga tingkat di Jalan Duranta terbakar petang tadi. Foto Mohd Nur Khairuddin (TVS)

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah bengkel motosikal tiga tingkat yang terbakar 70 peratus.

“Kebakaran berlaku di tingkat satu bangunan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak bomba melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula dan satu aliran hos 100 kaki, satu nozel dari pam jentera.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan