Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seekor anak gajah jantan ditemukan mati akibat dilanggar sebuah lori keontena  di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini, awal pagi tadi. Foto Media sosial

Anak gajah jantan mati dilanggar lori kontena di Gerik

ByBernama

IPOH, 11 Mei: Seekor anak gajah jantan ditemukan mati akibat dilanggar sebuah lori keontena  di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian menimpa anak gajah berusia kira-kira lima tahun yang dianggarkan seberat 700 kilogram itu pada 3.30 pagi.

“… anggota PERHILITAN telah ke lokasi kejadian dan bangkai anak gajah yang mati itu, kita akan lupus (tanam),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu tular gambar dan video di media sosial seekor anak gajah yang dilanggar, terperosok di bawah sebuah lori kontena, dan seekor gajah dewasa dipercayai ibunya sedang cuba mengalihkan lori tersebut bagi menyelamatkan anaknya.

Yusoff berkata ibu gajah itu telah diselamatkan anggota Perhilitan dan akan dilepaskan semula habitat semula jadi yang sesuai dan selamat. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan