Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba meredah anak sungai sambil mengusung mangsa yang cedera keluar dari lokasi kejadian di Kampung Kibambangan, Penampang. Foto JBPM

Wanita cedera dihempap pokok rebah di Penampang

ByTVS

PENAMPANG, 10 Mei: Seorang wanita berusia 58 tahun cedera selepas kaki kirinya dihempap sebatang kayu yang dipercayai rebah sebelum menggelongsor ketika dia berada di kawasan Kampung Kibambangan, Putaton Inobong, pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 9.30 pagi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki sejauh 500 meter menyusuri anak sungai untuk sampai ke tempat mangsa berada.

Mangsa, seorang wanita tempatan, mengalami kecederaan di pergelangan kaki kiri dan telah diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dibawa keluar menggunakan stretcher ke kenderaan penyelamat.

Beliau kemudiannya dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS bomba untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi yang tamat sepenuhnya pada jam 11.21 pagi itu turut melibatkan lapan anggota bomba serta bantuan daripada tiga anggota polis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan