Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Foto fail AFP

Trump mahu Amerika capai “perjanjian besar” sebelum perbincangan dengan China

ByBernama

WASHINGTON, 10 Mei: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata AS perlu mencapai “perjanjian besar untuk Amerika” apabila Setiausaha Perbendaharaannya bersiap untuk bertemu dengan pegawai China di Switzerland, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Bercakap kepada wartawan di Pejabat Oval, Trump berkata, “Kita perlu membuat perjanjian besar untuk Amerika,” apabila ditanya mengenai perbincangan yang akan diadakan oleh Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent dengan rakan sejawatnya dari China.

Apabila ditanya adakah beliau akan kecewa sekiranya Bessent pulang tanpa sebarang perjanjian, Trump menjawab, “Tidak, sama sekali tidak. Kami telah membuat banyak tawaran.”

Beliau menambah bahawa AS pada masa ini tidak menjalankan perniagaan dengan China, mendakwa negara itu mengalami kerugian perdagangan sebanyak US$1 trilion tahun lalu.

“Jika anda tidak berurus niaga dengan mereka, anda tidak akan kehilangan US$1 trilion,” katanya.

Perundingan yang dijadualkan pada Sabtu itu adalah sebahagian daripada usaha untuk meredakan ketegangan selepas Washington mengenakan tarif sehingga 145 peratus ke atas barangan import China awal tahun ini.

Sebagai balasan, Beijing mengenakan tarif balas setinggi 125 peratus.

Apabila ditanya mengenai kenyataan jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt yang baru-baru ini mengatakan bahawa tarif asas 10 peratus ke atas kebanyakan negara akan terus dikenakan, Trump mengesahkan dasar tersebut.

“Anda akan sentiasa mempunyai garis dasar.

“Mungkin ada pengecualian pada satu ketika…jika seseorang melakukan sesuatu yang luar biasa untuk kami. Tetapi pada asasnya, anda mempunyai garis dasar sekurang-kurangnya 10 peratus, dan sebahagian daripadanya akan jauh lebih tinggi — 40, 50, 60 peratus — seperti yang mereka lakukan kepada kami selama bertahun-tahun,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan