Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi bergambar bersama-sama tetamu dan ibu bapa di SK Santubong

Sokongan ibu bapa jamin masa depan anak

ByMahathir Haroun

KUCHING, 10 Mei: Kebanyakan individu yang berjaya dalam kehidupan mendapat sokongan berterusan daripada ibu bapa terutama dalam bidang akademik.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, peranan ibu bapa amat penting untuk memastikan anak-anak berjaya hingga ke menara gading.

“Kita perlu jadi ibu bapa terbaik kepda anak-anak dalam pendidikan.

“Pada masa sama, kita hendaklah menyokong anak masing-masing dalam pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Ceramah Keibubapaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Santubong hari ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, sokongan ibu bapa bukan sahaja dalam aspek kewangan tetapi memupuk minat anak dalam matapelajaran Sains dan Matematik.

“Sarawak sekarang menuju negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030, jadi ramai anak tempatan berkemahiran diperlukan bagi memenuhi visi ini.

“Kita memerlukan tenaga kerja dan pakar dalam bidang sains serta teknologi pada masa akan datang,” ujarnya.

Malah menurutnya, Kerajaan Sarawak pada masa ini sedang giat memperkasa bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Kita perkasa STEM untuk memastikan Sarawak mampu melahirkan ramai pakar. Adalah menjadi kebanggaan kepada ibu bapa jika anak-anak mampu menjadi saintis atau angkasawan.

“Pelajar sekolah ini (SK Santubong) juga mampu menjadi orang hebat pada masa akan datang,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan