Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bergambar bersama-sama peserta Program Pemerkasaan Wanita Santubong. Foto TVS

Sebar maklumat penipuan lebih kerap

KUCHING, 10 April: Kecanggihan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) boleh mengubah perkara tidak benar menjadi benar termasuk melibatkan penipuan dalam talian.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, taktik dan modus operandi pihak tidak bertanggungjawab termasuk scammer perlu didedahkan secara komprehensif bagi mengelak golongan berisiko terus menjadi mangsa.

Malah menurutnya, ia memerlukan komitmen setiap lapisan masyakat untuk lebih peka dan berwaspada agar tidak terjebak seterusnya menjadi mangsa penipuan.

“Penggunaan AI mungkin masih baharu namun kita perlu mempunyai ilmu mengenainya. Selepas ini kita mahu pakar bidang ini dan perundangan memberikan pencerahan mengenai tindakan yang boleh dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Pemerkasaan Wanita Santubong di sini, hari ini.

Menurutnya, usaha menyedarkan golongan berisiko perlu dilakukan secara konsisten dan program seperti Pemerkasaan Wanita Santubong merupakan platform ampuh dalam merintis usaha berkenaan.

“Kesedaran umum menjadi perkara utama dalam memerangi isu tersebut yang sering mensasarkan golongan wanita, persara dan warga emas,” ujarnya.

Tambahnya, tindakan lebih tegas juga perlu bagi menangani isu tersebut.-TVS

Tags: AI, scammer

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan