Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berucap mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Perasmian Program Bakti MADANI Miri 2025 di Miri. Foto Awgku Aimanhariz (TVS)

SCORE bantu pacu ekonomi Sarawak

BySalasiah Safian

MIRI, 10 Mei: Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) muncul sebagai salah satu penyumbang utama pertumbuhan ekonomi Sarawak dengan pelaburan bernilai RM125 bilion.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain pelaburan, SCORE turut membuka lebih 53,000 peluang pekerjaan untuk anak Sarawak.

“Pembangunan pesat Taman Perindustrian Samalaju menjadi simbol kejayaan SCORE. Bermula dengan tanah hijau, Taman Perindustrian Samalaju merupakan pusat perindustrian pelbagai industri berat berteknologi tinggi seperti aluminium dan aloi mangan.

“Taman Perindustrian Samalaju mencatatkan nilai pelaburan RM57.2 bilion dan mewujudkan lebih 20,000 peluang pekerjaan.

“Dengan penjanaan ekonomi di kawasan SCORE, kita yakin aspirasi ke arah transformasi ekonomi yang menekankan kepelbagaian ekonomi berteraskan industri bernilai tinggi dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi pada Majlis Perasmian Program Bakti MADANI Miri 2025 di sini, hari ini.

Selain itu menurutnya, pembangunan Empangan Hidro Bakun, Murum, Baleh dan Batang Ai turut menjadi asas kepada pembangunan sektor tenaga Sarawak yang bukan sahaja menjana tenaga elektrik tetapi membangunkan tenaga hidrogen hijau.

Tambahnya, bagi menghadapi cabaran dalam membangunan wilayah ini terutama di kawasan SCORE, Kerajaan Sarawak memperkenalkan pendekatan baharu dengan menubuhkan agensi pembangunan wilayah seperti Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA), Agensi Pembangunan Wilayah Tengah (NRDA) dan Agensi Pembangunan Hulu Rajang (URDA).

“Kerajaan Sarawak menyalurkan peruntukan RM4.5 bilion kepada agensi pembangunan wilayah untuk membangunkan pelbagai projek infrastruktur,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan