Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman Ismail merasmikan Persidangan Kebangsaan Petani 2025 hari ini. Foto TVS

Sarawak jadi hab pengeluaran makanan menjelang 2030

SIBU, 10 Mei: Kerajaan Sarawak komited untuk mentransformasikan sektor pertanian agar lebih moden, berdaya saing dan berorientasikan teknologi demi menjamin keselamatan makanan dan menjadikan negeri ini sebagai hab pengeluaran makanan menjelang 2030.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dr Abdul Rahman Ismail berkata, transformasi pertanian bukan sahaja satu keperluan, malah merupakan peluang besar untuk Sarawak muncul sebagai pengeksport bersih makanan pada masa hadapan.

“Pertanian perlu dilihat sebagai satu perniagaan, bukan sekadar untuk sara diri. Kita mesti bergerak ke arah penggunaan teknologi moden, analitik data dan penyelidikan saintifik untuk meningkatkan hasil dan mengurangkan pembaziran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili menterinya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, merasmikan Persidangan Kebangsaan Petani 2025 di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Menurut beliau, inovasi harus diterapkan di setiap peringkat rantaian makanan – dari ladang hingga ke meja makan – dan pendekatan tradisional mesti berubah agar sektor ini kekal lestari dan mampan.

“Amalan ‘Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang’ perlu ditinggalkan. Pertanian hari ini bukan lagi kerja 3D (Kotor, Sukar & Bahaya), sebaliknya ia mampu menjana pendapatan yang lumayan,” tambah beliau.

Dr Abdul Rahman turut menggalakkan lebih ramai usahawan, khususnya golongan muda dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), untuk menceburi bidang ini sebagai sumber kekayaan baharu.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa sektor swasta memainkan peranan penting dalam menjayakan transformasi pertanian melalui inovasi dan penerapan teknologi moden seperti mekanisasi, automasi, Internet of Things (IoT) dan pertanian pintar.

“Kerjasama erat antara kerajaan dan sektor swasta perlu dipertingkatkan dan sektor swasta digalakkan menyertai secara aktif inisiatif-inisiatif yang telah dirangka kerajaan,” katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa Sarawak telah merekodkan defisit imbangan dagangan barangan makanan sebanyak RM6.44 bilion pada tahun 2024, dengan import makanan berjumlah RM7.62 bilion berbanding eksport sebanyak RM1.18 bilion.

Situasi ini menurutnya, menunjukkan kebergantungan Sarawak kepada pengimportan makanan untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh, ADUN Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Joshua Ting dan tetamu jemputan lain.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan