Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Joshua Daniel atau Rider Josh ditemui pada Sarawak International Bike Gathering (SIBG) Edisi Kedua 2025 di Kuching. Foto TVS

Rider Josh bermotosikal lebih 3,200 km

KIUCHING, 10 Mei: Menempuh perjalanan melebihi 3,200 kilometer dalam tempoh tujuh bulan bukan penghalang kepada pengembara bermotosikal solo, Dr Joshua Daniel,35, atau lebih dikenali sebagai Rider Josh menjelajah dunia.

Walaupun berdepan pelbagai halangan, Rider Josh yang berasal dari India tetap berpegang teguh dengan semangat Vasudhaiva Kutumbakan atau kita adalah satu keluarga besar di dunia.

Semangat tersebut membuat Rider Josh terus yakin untuk membantu insan memerlukan menerusi kerja amal yang dijalankannya bersama-sama masyarakat tempatan dan menyebarkan mesej perpaduan.

Menurutnya, Sarawak International Bike Gathering (SIBG) Edisi Kedua 2025 merupakan platform yang membawa impak positif untuk melaksanakan misinya memandangkan rakyat berbilang kaum di Sarawak senada dengan usahanya.

“Rakyat Sarawak sangat peramah dan baik hati. Ia jelas menunjukkan keprihatinan mereka semasa saya dalam perjalanan ke sini.

“Mereka menyambut baik kehadiran saya. Contohnya semasa berada di Miri, mereka membantu dan memperkenalkan saya dengan komuniti permotoran tempatan selain memastikan saya tidak berdepan masalah,” katanya ketika ditemui pada Sarawak International Bike Gathering (SIBG) Edisi Kedua 2025 di Kuching.

Rider Josh berkata, pengalaman kembara solo di Sarawak meninggalkan kesan mendalam dan pengalaman tidak dapat dilupakan.

“Anda perlu datang ke Sarawak dan nikmatilah keindahan landskap muka bumi di sini,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan