Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol menerima hadiah dari Pengurus Stesen Radio KUPIKUPI Fm Sarawak, Gideon Jute. Foto TVS

Radio dan televisyen perlu lebih proaktif tangani beberapa isu libatkan komuniti setempat

KUCHING, 10 Mei: Media massa di Sarawak terutamanya radio dan televisyen diminta memainkan peranan yang lebih proaktif dalam menangani isu yang melibatkan komuniti setempat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, media massa terutama radio boleh memainkan peranan untuk mengingatkan pendengar agar tidak menjadi mangsa penipuan dan judi atas talian serta vendalisme terutama yang melibatkan kecurian kabel telekomunikasi.

Jelas beliau lagi, mangsa penipuan atas talian ini bukan sahaja kehilangan wang simpanan mereka malah kehidupan mereka juga hancur selepas menjadi mangsa.

“Mungkin anda (stesen radio) boleh meminta DJ radio untuk mengingatkan pendengar untuk berhati-hati dalam menerima panggilan telefon dari mereka yang tidak dikenali.

“Kedua adalah vandalisme mencuri kabel dan yang menjadi mangasa adalah kabel-kabel telekomunikasi yang menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit.

“Ketiga adalah isu melibatkan judi atas talian. Jadi saya mohon agar pihak stesen televisyen dan radio bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membincangkan usaha untuk menanganinya,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Muzik Video Muzik “Ari-Ari Gawai” KUPIKUPI Fm Sarawak di Auditorium Perkampungan Tabung Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) pada Sabtu.

Tambah beliau lagi, radio sebagai medium hiburan, saluran informasi dan bahan berita dilihat masih relevan pada hari ini terutama warga emas dan mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Saiz radio yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana serta hanya memerlukan bateri untuk menghidupkannya menjadikan radio pilihan utama golongan tertentu sebagai halwa hiburan sewaktu bekerja mahupun peneman.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan