Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berucap mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Majlis Perasmian Program Bakti MADANI Miri 2025 di Miri hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Program Bakti MADANI kukuhkan semangat setia kawan

BySalasiah Safian

MIRI, 10 Mei: Program Bakti MADANI Miri 2025: Sarawak Maju Makmur mencerminkan semangat setia kawan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia juga menunjukkan komitmen bersama kedua-dua pihak dalam menyampaikan perkhidmatan yang membawa manfaat langsung kepada rakyat.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan beliau melalui aspirasi Malaysia MADANI yang mendukung hasrat rakyat Sarawak untuk menikmati kemajuan setanding dengan Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi di Majlis Perasmian Program Bakti MADANI Miri 2025, di sini hari ini.

Menurut Abang Johari, sebagai tanda sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak menerusi Sarawak Media Group (SMG) turut menaja Program Bakti MADANI Miri 2025: Sarawak Maju Makmur melalui kerjasama strategik dengan TV Sarawak (TVS).

Penyertaan TVS sebagai penyiar rasmi memperluas akses penyampaian pelbagai maklumat, inisiatif serta manfaat langsung disediakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan