Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Pulau Pinang, Dr Rozaini Mat Shah, mewakili Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Fazilah Shaik Allaudin, merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam hari ini.

Perokok aktif berisiko tinggi hidap tibi

ByTVS

BUKIT MERTAJAM, 10 Mei: Individu yang merokok secara aktif dikaitkan dengan risiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit tuberkulosis (tibi).

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Pulau Pinang, Dr Rozaini Mat Shah, berkata hal itu dibuktikan apabila data yang direkodkan di negeri itu tahun lalu mendapati golongan lelaki Melayu berusia 60 tahun ke atas merupakan kumpulan paling tinggi menghidap penyakit yang boleh membawa maut tersebut.

“Punca jangkitan tibi adalah disebabkan oleh tahap imuniti yang menurun walaupun individu tersebut sudah mendapat pendedahan lebih awal mengenai penyakit itu.

“Satu lagi faktor risiko yang tinggi adalah dari segi tabiat merokok,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui selepas mewakili Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Fazilah Shaik Allaudin, merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah di sini hari ini.

Menurutnya, selain perokok, golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti tibi termasuklah kontak rapat dengan pesakit, penghidap HIV, pesakit buah pinggang kronik, dan penghidap penyakit pulmonari kronik.

Sementara itu, Rozaini berkata, Pulau Pinang merekodkan sedikit penurunan kes tibi baharu dan berulang pada tahun lalu, dengan mencatatkan 1,273 kes dan 125 kematian berbanding 1,303 kes dan 156 kematian pada 2023.

“Penurunan sebanyak 2.3 peratus itu didorong oleh faktor kesedaran orang ramai yang semakin meningkat mengenai penyakit tersebut, selain usaha kita untuk memberi kesedaran lebih mendalam.

“Tibi juga merupakan antara lima penyakit berjangkit utama di negeri ini selain penyakit kaki, tangan dan mulut, denggi, serta keracunan makanan,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan