Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket

ByBernama

PHUKET, 10 Mei: Seorang lelaki warga Malaysia meninggal dunia dipercayai terjatuh dari sebuah hotel di pulau peranginan popular di Wilayah Phuket pagi semalam.

Menurut laporan Polis Thailand, mangsa, seorang lelaki warga Malaysia berusia 25 tahun berasal dari Selangor, tiba di Thailand pada 8 Mei bersama lebih 20 pelancong Malaysia.

“Mangsa telah diaturkan sebilik bersama tiga orang rakan. Pada kira-kira jam 1 pagi Jumaat (waktu tempatan), polis menerima laporan daripada petugas hotel bahawa seorang pelancong telah terjatuh dari bangunan,” menurut laporan itu pada Jumaat.

Laporan Polis Thailand turut memaklumkan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di daerah Patong, Wilayah Phuket, pada 1.30 pagi Jumaat akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

Sementara itu, ketika dihubungi, pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa jenazah telah dituntut oleh waris pada pagi Sabtu.

“Pihak konsulat telah membantu menguruskan jenazah dari daerah Patong ke wilayah Sadao melalui jalan darat sehingga sempadan Bukit Kayu Hitam. Ahli keluarga mangsa dijadualkan membawa jenazah ke Sungai Buloh untuk urusan pengebumian,” menurut pihak Konsulat Malaysia.

Pihak Konsulat juga membantu menguruskan permit pengebumian di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan