Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli menyampaikan hadiah kepada pemenang

Pelajar IKMAS, kakitangan KEMAS juara

SEBUYAU, 9 Mei: Pelajar Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak, Aril Mustaqim Wan Bujang, 19, dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Norasfarina Bahril,35, muncul juara pada Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Sebuyau semalam.

Berkongsi perasaannya dengan TVS, Aril Mustaqim yang kini sedang mengikuti program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat berkata, tahun lalu dia turut menjadi juara peringkat daerah namun gagal layak ke peringkat bahagian.

“Ini kali kedua saya menjadi johan di Sebuyau. Tahun lepas saya johan tetapi tidak dapat mewakili bahagian kerana markah tidak sampai paras ditetapkan.

“Pada tahun ini, insya-Allah markah sampai tetapi perlu bertanding dengan daerah lain,” katanya.

Johan bagi kategori qariah, Norasfarina Bahril pula menyatakan dia mengikuti pertandingan tilawah al-Quran peringkat daerah sejak berusia 11 tahun.

Kakitangan KEMAS yang berasal dari Kampung Lubuk Punggor, Simunjan itu menjelaskan, dia masih mengikuti kelas mengaji bersama-sama guru yang mengajarnya sejak berusia 11 tahun

“Saya menghadiri sesi ilmu dengan cikgu (ustazah) di kampung dan selepas itu saya ada juga belajar dalam Youtube.

“Saya dapat belajar kesemuanya dengan cikgu (ustazah) saya. Memang daripada cikgu yang sama sejak umur saya 11 tahun ,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan