Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan satu pemeriksaan ke atas premis milik seorang individu yang sedang disiasat berhubung kandungan dimuat naik di akaun facebook miliknya, dipercayai mengandungi elemen jelik melampau berunsur agama, kaum dan Institusi Diraja (3R). Foto MCMC(Facebook)

MCMC periksa premis, sita peranti pempengaruh berkaitan hantaran jelik di facebook

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

PETALING JAYA, 10 Mei: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan satu pemeriksaan ke atas premis milik seorang individu yang sedang disiasat berhubung kandungan dimuat naik di akaun facebook miliknya, dipercayai mengandungi elemen jelik melampau berunsur agama, kaum dan Institusi Diraja (3R).

MCMC dalam kenyataan berkata, siasatan tersebut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

“Pemeriksaan tersebut dilaksanakan selepas MCMC memperoleh waran geledah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengikut peruntukan Seksyen 247 AKM 1998.

“Hasil daripada pemeriksaan itu, sebuah telefon bimbit dan satu kad SIM telah disita untuk tujuan siasatan lanjut. Selain itu, sesi pemeliharaan data dan rakaman percakapan telah diadakan di Balai Polis Pudu pada 9 Mei 2025. Terdahulu, individu terbabit turut hadir ke Ibu Pejabat MCMC bagi memberikan keterangan,” jelas kenyataan itu.

MCMC dalam kenyataannya menegaskan bahawa segala tindakan yang diambil adalah berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada di bawah AKM 1998.

Suruhanjaya itu turut menasihatkan orang ramai agar memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan secara telus dan menyeluruh.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan