Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki dan wanita yang sesat di dalam hutan di Kampung Belimbing A ditemui selamat malam tadi. Foto JBPM

Lelaki, wanita sesat dalam hutan ditemui selamat

SERIAN, 10 Mei: Seorang lelaki dan wanita yang sesat di dalam hutan di Kampung Belimbing A ditemui selamat malam tadi.

Komander Operasi, Rosnani Malong berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 5.19 petang dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, dilaporkan mangsa seorang lelaki berusia 50 tahun dan seorang wanita berusia 40 tahun keluar ke kebun dari jam 9 pagi dan gagal mencari jalan keluar.

“Pihak bomba membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama dua anggota polis, dua anggota RELA dan penduduk kampung berpandukan lokasi diberi mangsa melalui WhatsApp,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa berjaya dijumpai dalam keadaan selamat pada jam 7.02 malam tanpa sebarang kecederaan.

“Pihak bomba membawa mangsa keluar dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan