Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Bahagian Pendidikan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) Donald Henry Nohed, berucap semasa Program Timeless Treasure: The Legacy Of Old Hokkien School And Darul Kurnia di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Kerajaan Sarawak perkukuh TVET

KUCHING, 10 Mei: Pelaksanaan Program Timeless Treasure: The Legacy Of Old Hokkien School And Darul Kurnia selaras dengan matlamat Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET).

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, melalui gabungan antara kajian sejarah dan pendidikan teknikal seperti program explorasi warisan ia diharapkan dapat memberi impak lebih besar kepada pembangunan ilmu serta pemeliharaan warisan.

Menurutnya, pada masa sama memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan, industri dan pihak berkepentingan dalam membina masyarakat yang lebih berdaya saing dan berpengetahuan.

“Saya percaya bahawa pelajar yang terlibat dalam projek ini bukan sahaja memperoleh pengalaman yang unik, tetapi juga membina rasa tanggungjawab terhadap warisan negeri dan ini akan melahirkan golongan muda yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga berjiwa besar dan berjiwa rakyat.

“Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan terus komited dalam menyokong usaha-usaha yang membawa manfaat kepada pendidikan, inovasi dan pembangunan masyarakat,” katanya.

Teks ucapan beliau dibaca Ketua Bahagian Pendidikan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) Donald Henry Nohed, semasa Program Timeless Treasure: The Legacy Of Old Hokkien School And Darul Kurnia di Kuching pada Sabtu.

Tambahnya, dokumentasi yang telah dijalankan disarankan untuk diterbitkan dalam bentuk laporan teknikal, jurnal, pameran digital atau disimpan dalam arkib negeri untuk rujukan pada masa akan datang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan