Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian ketika berucap merasmikan Klinik Perubatan Valliant 24 jam di Kuching, hari ini. Foto: Jazni Hanif (TVS)

Kadar fi doktor swasta tidak setimpal, sama seperti 1982

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 10 Mei: Pengorbanan doktor swasta dalam meberikan khidmat kesihatan terbaik disifatkan tidak setimpal dengan kadar fi yang kekal sejak empat dekad lalu.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, kadar tidak berubah sejak 1982 itu memberikan tekanan kepada doktor swasta walaupun masih memilih untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

“Yuran yang ditetapkan sejak tahun 1982 dan berapakah kadar bayaran sekarang? Doktor telah menghabiskan bertahun-tahun berkorban begitu banyak seperti belajar dengan tekun dan bekerja sepanjang masa tetapi masih dibayar setara dengan tahun 1982.

“Saya rasa anak-anak kita sendiri pun tidak akan mahu menerima wang saku yang setara dengan tahun 1982,” katanya ketika berucap merasmikan Klinik Perubatan Valiant 24 jam di sini, hari ini.

Beliau turut mendedahkan peningkatan kos kesihatan bukan berpunca daripada bayaran doktor sebaliknya dari segi utiliti seperti bil sewa, elektrik, air yang semakin tinggi dan kos operasi lain.

Katanya, tanpa bayaran setimpal, lebih ramai doktor akan memilih untuk meninggalkan sektor perubatan awam atau berkerja di luar negara.

“Kadang-kadang orang bertanya, apakah perbezaan jika perkhidmatan kesihatan di bawah kerajaan negeri atau persekutuan? Saya menjawab di bawah kerajaan negeri, kami boleh membuat keputusan dengan lebih baik dan membayar pekerja dengan lebih baik,” ujarnya.

Pada masa sama, Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak juga memuji usaha kerajaan dalam meningkatkan gaji minimum tetapi bayaran doktor tidak boleh terus kekal seperti tahun 1982.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan