Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad Shafizan Kepli menyampaikan hadiah kepada perserta Tilawah Al-Quran. Foto TVS

Jadikan al-Quran panduan hidup

SEBUYAU, 10 Mei: Umat Islam perlu menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam menjalankan urusan harian untuk mendapat keberkatan dan kebahagiaan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli berkata, jadikan amalan al-Quran sebagai budaya bagi membentuk sebuah keluarga khaira ummah atau ummah Rabbani.

“Didiklah ahli keluarga menjadi orang mencintai al-Quran. Kalau boleh fahami dan hayati isi kandungan al-Quran.

“Inilah tanggungjawab kita bersama. Semua kita memainkan peranan dalam membentuk insan Rabbani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pada Majlis Penangguhan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Sebuyau di Masjid Darul Aman, Sebangan.

Menurutnya, Majlis Tilawah Al-Quran merupakan pendekatan terbaik untuk terus melahirkan ummah Rabbani termasuk di Sarawak.

“Kalau boleh, lebih banyak aktiviti atau program pencarian bakat baharu qari atau qariah. Kita sebenarnya mempunyai ramai anak muda yang boleh mengaji dan ia perlu diperkasakan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan