Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

Imam Masjidil Haram ingatkan orang ramai terhadap kempen Haji palsu

ByBernama

MAKKAH, 10 Mei: Imam Masjidil Haram Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais menekankan kepentingan aspek keselamatan dan kesejahteraan dalam pembangunan negara menerusi khutbah Jumaatnya hari ini, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Beliau memberi amaran terhadap jenayah berkaitan penggodaman elektronik, penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI), serta taktik perpecahan seperti penyebaran rakaman dan kenyataan palsu yang menyasarkan pemimpin dan ulama.

Al-Sudais turut menegaskan kepentingan masyarakat sentiasa berwaspada, melaporkan sebarang pelanggaran, memahami bentuk penipuan serta berwaspada terhadap kempen Haji yang menyeleweng.

Beliau memuji tahap kesedaran awam yang semakin tinggi terhadap khabar angin berunsur fitnah dan menyeru umat Islam agar tidak secara tidak sedar menjadi alat kepada musuh.

Menurutnya, kesedaran masyarakat merupakan asas utama kepada keselamatan sosial sesebuah negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan