Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah gudang menyimpan cat di Jalan Permatang Tinggi, Simpang Ampat dekat Bukit Mertajam terbakar hari ini. Foto JBPM Pulau Pinang

Gudang cat hangus dijilat api

ByTVS

BUKIT MERTAJAM, 10 Mei: Sebuah gudang cat berkeluasan hampir 1,000 meter persegi di Jalan Permatang Tinggi, Simpang Ampat dekat sini musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 1.11 petang.

Katanya, pasukannya bersama jentera bomba yang tiba pada pukul 1.27 petang mendapati kebakaran itu membabitkan sebuah gudang yang menyimpan cat dan pelarut bersaiz 100×100 kaki.

“Semasa tiba, kami menganggarkan kemusnahan sekitar 70 peratus dan api telah merebak ke premis bersebelahan.

“Gudang itu turut menyimpan bahan metanol dan toluena (yang mudah terbakar),” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Mohamad Shoki, ketika ini usaha memadamkan kebakaran sedang dijalankan melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda, Bukit Mertajam, Sungai Bakap, Batu Kawan, dan Jalan Perak, sambil dibantu beberapa pasukan bomba sukarela. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan