Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani ketika ditemui TVS pada program 'Jom Explore! Why Not YP?' di Sarawak Skills, Kuching, hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Bimbing anak Sarawak jadi akauntan bertauliah

KUCHING, 10 Mei: Dalam usaha memperkasa pembangunan modal insan Bumiputera, Yayasan Peneraju melancarkan program “Jom Explore! Why Not YP?” di Sarawak menerusi pelbagai inisiatif pembiayaan pendidikan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ibrahim Sani berkata, program tersebut bertujuan mengenal pasti dan membimbing bakat muda Bumiputera Sarawak ke arah kerjaya profesional dalam bidang perakaunan bertauliah.

Menurutnya, ia juga bertujuan membimbing pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai laluan profesional dalam bidang perakaunan melalui kelayakan antarabangsa seperti Persatuan Akauntan Bertauliah Bertauliah (ACCA) dan Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW).

“Program ini bertujuan mengenal pasti dan membimbing pelajar lepasan SPM di Sarawak agar memulakan pengajian mereka dalam bidang perakaunan profesional sama ada melalui laluan Persatuan Akauntan Bertauliah Bertauliah (ACCA) dan Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW).

“Melalui pendekatan Yayasan Peneraju, pelajar boleh memulakan pengajian profesional seawal usia 17 atau 18 tahun iaitu selepas SPM. Mereka akan terus mengikuti silibus ACCA atau ICAEW dan boleh menamatkan pengajian sekitar usia 21 tahun serta memperoleh status affiliate sebagai ahli ACCA atau menyelesaikan pembelajaran ICAEW,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS pada program ‘Jom Explore! Why Not YP?’ di Sarawak Skills, Kuching, di sini, hari ini.

Ibrahim menjelaskan, selain menawarkan pembiayaan pendidikan kepada pelajar lepasan SPM, Yayasan Peneraju turut menyediakan program pembangunan kemahiran untuk golongan dewasa yang sedang bekerja bagi meningkatkan kemahiran dan latihan profesional.

“Golongan dewasa yang sedang bekerja khususnya mereka yang berumur 30 tahun dan ke atas boleh memilih program latihan bersesuaian dengan kemahiran dan minat mereka. Sebagai contoh, Yayasan Peneraju menawarkan pakej pembiayaan dalam tiga kategori iaitu pakej emas, perak dan platinum.

“Inisiatif kedua pula adalah program ‘Place and Train’ yang diwujudkan khusus bagi membantu golongan dewasa yang kehilangan pekerjaan terutamanya mereka yang sebelum ini bekerja dalam sektor bukan teknologi,” ujarnya.

Bagi menjayakan program tersesebut, Yayasan Peneraju turut menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan seperti Sunway College, INTEC (sayap swasta UiTM) dan Tymba Education.

Program anjuran Yayasan Peneraju dan Kementerian Ekonomi tersebut berlangsung dari 27 April hingga 24 Mei 2025 di beberapa negeri termasuk Sarawak dengan sasaran penglibatan seramai 2,000 hingga 2,500 peserta baharu tahun ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan