Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam penghuni hilang tempat tinggal selepas rumah sewa didiami terbakar di Jalan Padang Kerbau, Miri, tengah hari tadi. Foto JBPM

6 penghuni hilang tempat tinggal, rumah disewa terbakar

MIRI, 10 Mei: Enam penghuni hilang tempat tinggal selepas rumah sewa didiami terbakar di Jalan Padang Kerbau di sini, tengah hari tadi.

Komander Operasi, Suhardi Ogeemin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 1.44 tengah hari dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat struktur separa kekal telah terbakar keseluruhan.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa kerana rumah tersebut tiada berpenghuni ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dengan berpandukan konsep RECEO, operasi pemadaman dilakukan dengan membentang dua aliran hos 300 kaki, dua nozel dari pam jentera, sumber air dari pili bomba berhampiran pada jarak 700 kaki dari lokasi kebakaran.

“Kebakaran berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya. Setelah keadaan selamat dan tiada lagi punca api risiko kebakaran berulang, pasukan bomba bertolak balik ke balai.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba,” ujarnya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan