Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh. Foto fail AFP

Vietnam rancang simpan hasil pertanian utama ketika ketidakstabilan perdagangan global

ByBernama

HANOI, 9 Mei: Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh pada Jumaat mengarahkan kementerian berkaitan untuk merangka pelan penyimpanan sementara bagi hasil pertanian utama, khususnya beras, kopi dan lada hitam, ketika musim puncak tuaian, lapor Xinhua.

Menurut Agensi Berita Vietnam yang dimiliki kerajaan, arahan itu bertujuan melindungi pendapatan petani dan menstabilkan pasaran dalam keadaan ketidaktentuan perdagangan global yang semakin meningkat.

Chinh menegaskan bahawa perubahan dasar tarif oleh beberapa negara, baik yang sedang berlaku mahupun yang bakal dilaksanakan, boleh menimbulkan risiko terhadap keseluruhan pengeluaran dan eksport, khususnya dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan.

Menurut Kementerian Pertanian dan Alam Sekitar, eksport hasil pertanian, perhutanan dan perikanan Vietnam mencecah US$21.15 bilion dalam tempoh empat bulan pertama 2025, meningkat 10.7 peratus berbanding tahun sebelumnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan