Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Chan Wen Tse. Foto fail AFP & Bernama

Tang Jie-Wen Tse sandaran terakhir negara di Taiwan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Mei: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Chan Wen Tse muncul satu-satunya wakil Malaysia yang layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan 2025 selepas menewaskan pasangan Indonesia Bobby Setiabudi-Melati Daeva Oktavianti, hari ini.

Dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung di Arena Taipei, pasangan negara yang bakal berpisah selepas Kejohanan Masters Malaysia itu hanya mengambil masa 28 minit untuk mencatat kemenangan straight set 22-20, 21-10.

Tang Jie-Wen Tse yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan bakal berdepan cabaran getir di separuh akhir apabila menentang pilihan keempat Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dari Indonesia bagi merebut slot ke final.

Bagaimanapun, langkah satu lagi beregu campuran negara Loo Bing Kun-Toh Ee Wei terhenti selepas tewas dalam pertarungan tiga set kepada pasangan Indonesia Dejan Ferdinansyah-Siti Fadia Silva Ramadhanti, 22-20, 17-21, 12-21.

Dalam acara perseorangan lelaki, Justin Hoh terkandas di suku akhir selepas tunduk kepada pemain tuan rumah Wang Tzu Wei 13-21, 15-21 dalam masa 44 minit manakala perseorangan wanita K. Letshanaa turut gagal mara selepas tewas kepada pemain Korea Selatan Sim Yu Jin dalam aksi tiga set, 16-21, 21-13, 15-21. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan