Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei bersama gandingan baharu masing-masing tidak akan beraksi di Terbuka Thailand pada 13 hingga 18 Mei ini. Foto AFP

Tang Jie, Ee Wei bersama gandingan baharu tidak beraksi di terbuka Thailand

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Mei: Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei bersama gandingan baharu masing-masing tidak akan beraksi di Terbuka Thailand pada 13 hingga 18 Mei ini.

Jurulatih beregu campuran negara Nova Widianto berkata keputusan dibuat bagi meringankan beban kedua-dua gandingan itu susulan jadual padat tiga kejohanan berturut-turut iaitu Terbuka Taiwan yang sedang berlangsung, Terbuka Thailand dan Masters Malaysia (20 hingga 25 Mei).

“Mereka memilih untuk tidak beraksi di Terbuka Thailand tapi akan bermain di Masters Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.

Pada Mac lepas, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan gandingan Tang Jie-Ee Wei dipisahkan sementara susulan cadangan daripada panel kejurulatihan termasuk Rexy Mainaky dan Nova pada Mesyuarat Jawatankuasa Prestasi.

Keputusan dibuat bagi memberi ruang kepada beregu campuran yang kini menghuni ranking kelima dunia itu, menyelesaikan isu yang timbul antara mereka.

Berikutan itu, kedua-dua mereka mendapat gandingan baharu menyaksikan Ee Wei digandingan dengan Loo Bing Kun manakala Tang Jie pula bergandingan dengan Chan Wen Tse dan Terbuka Taiwan menjadi ujian pertama mereka.

Namun, pada April lepas BAM mengumumkan Tang Jie-Ee Wei kembali digandingkan susulan permintaan daripada kedua-dua pemain serta hasil perbincangan menyeluruh antara pasukan kejurulatihan dan pemain.

Piala Sudirman baru-baru ini menjadi pentas pertama mereka bergandingan semula sebelum beraksi di Terbuka Singapura pada 27 Mei hingga 1 Jun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan