Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Superintenden Parum Niot. Foto TVS

Polis siasat motif Izzat, Cathlyenn ke London

LIMBANG, 9 Mei: Polis kini menjalankan siasatan lanjut motif lelaki dan rakan wanitanya yang juga pelajar perempuan sebuah kolej swasta di negeri ini ke London pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata, siasatan lanjut memfokuskan tempahan tiket secara dalam talian diperolehi melalui hantaran ke emel milik lelaki terbabit.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut menunjukkan Cathlyenn Santa Liong Siu Zhen,24, dan Muhamad Izzat Asnawai ,21, masing-masing dari Limbang kini masih berada di London.

Tambahnya, polis juga berjaya mengesan emel milk Izzat sebelum menjumpai tiket penerbangan mereka yang ditempah secara dalam talian.

“Maklumat terkini mereka ini memang satu penerbangan dan tempahan tiket yang sama ke London.

“Berdasarkan tempahan tiket itu menunjukkan mereka melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London Sabtu lepas,” katanya kepada media hari ini.

Parum berkata, pada masa ini, polis masih menunggu perkembangan lanjut daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London berkaitan kedua-dua pelajar Sarawak itu.

Sebelum ini ahli keluarga Cathilyenn dan Izzat melahirkan kebimbangan mengenai keselamatan anak mereka yang dipercayai terbang ke luar negara sejak Sabtu lepas.

Keluarga masing-masing memohon bantuan pelbagai pihak demi keselamatan anaknya selain meminta anaknya pulang ke pangkuan mereka dengan selamat.

Dua laporan polis dibuat terhadap kehilangan mereka yang turut tular dalam media sosial selepas keluarga memohon bantuan bagi mengesan kehilangan.

Difahamkan kedua-dua mereka kali terakhir dikesan berada di kawasan Horizon Suites, Selangor Sabtu lepas dan tidak dapat dihubungi sejak 10 malam pada hari sama.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan