Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu ketika berucap pada Majlis Merarau Mantar Gawai Dayak 2025 di Dewan Sadok Sekolah Kebangsaan (SK) Saint John Nanga Tiga, Ulu Layar. Foto TVS

PIBG penghubung sekolah, masyarakat

BETONG, 9 Mei: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan penting sebagai penghubung komuniti dan pengurusan sekolah dalam bidang pendidikan.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata, setiap ahli PIBG perlu komited dan bekerjasama dengan pengurusan sekolah bagi memperkasa pendidikan pelajar.

“Ahli PIBG mempunyai peranan amat penting sebagai jambatan antara pengurusan sekolah dengan masyarakat setempat.

“Oleh itu, setiap ahli PIBG harus memberi komitmen padu kepada pihak sekolah secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan Majlis Merarau Mantar Gawai Dayak 2025 di Dewan Sadok Sekolah Kebangsaan (SK) Saint John Nanga Tiga, Ulu Layar pada Jumaat.

Pada masa sama beliau memuji komitmen ditunjukkan ahli PIBG SK Saint John Nanga Tiga dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Sementara itu, Dr Richard turut mengumumkan peruntukan RM8,000 kepada PIBG SK Saint John Nanga Tiga untuk menjalankan aktiviti bermanfaat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan