Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu Begri ketika merasmikan Majlis Merarau Mantar Gawai Dayak 2025 di Dewan Sadok Sekolah Kebangsaan (SK) Saint John Nanga Tiga, Ulu Layar. Foto TVS

Percepatkan pelaksanaan projek di SK Saint John Nanga Tiga

BETONG, 9 Mei: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong perlu mempercepatkan proses pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur di Sekolah Kebangsaan Saint John Nanga Tiga di Ulu Layar.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata, kelewatan pelaksanaan projek di sekolah tersebut memberi persepsi negatif terhadap wakil rakyat.

“Projek menaik taraf padang di sekolah ini diluluskan pada tahun 2023. Tetapi agak menyedihkan ianya masih belum dilaksanakan sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan Majlis Merarau Mantar Gawai Dayak 2025 di Dewan Sadok Sekolah Kebangsaan (SK) Saint John Nanga Tiga, Ulu Layar pada Jumaat.

Menurutnya, perkara sama turut berlaku kepada projek menaik taraf jambatan penghubung ke sekolah berkenaan yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh tahun lepas.

Dr Richard berkata, beliau akan berbincang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengenai permohonan membina asrama SK Saint John Nanga Tiga yang baharu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan