Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adam Yii Siew Sang pada sidang media Karnival Ulang Tahun ke-20 Miri Makanan, Seni dan Budaya di Miri, hari ini. Foto TVS

Miri rai 20 tahun sebagai bandar raya dengan karnival 10 malam

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 9 Mei: Bandar raya Miri bakal meraikan Karnival Ulang Tahun ke-20 di Miri City Fan yang akan berlangsung selama 10 malam bermula dari 16 hingga 25 Mei ini.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, sambutan tersebut bukan sahaja bertujuan memeriahkan ulang tahun Miri sebagai bandar raya sekali gus sebagai penghargaan kepada komuniti yang telah bersama-sama membangunkan bandar raya ini sepanjang dua dekad yang lalu.

“Karnival ini lebih daripada sekadar perayaan. Ia menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Miri sebagai bandar yang progresif, inklusif dan penuh semangat kebersamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Karnival Ulang Tahun ke-20 Miri Makanan, Seni dan Budaya di sini, hari ini.

Bertemakan Perpaduan Pelbagai Kaum, karnival tersebut akan menampilkan pelbagai persembahan budaya, makanan tempatan dan antarabangsa, hasil kraf tangan kreatif serta pertandingan malam yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Antara artis popular yang dijangka menyerikan pentas setiap malam ialah Wany Hasrita, Baby Shima, Vanessa Reynauld, Justin Ng, Donny Lang dan Kate Chan.

Beliau turut menegaskan bahawa acara ini percuma dan terbuka kepada orang awam sekaligus menggalakkan warga Miri dan pelawat dari seluruh negara untuk datang bersama keluarga dan rakan-rakan bagi meraikan ulang tahun bersejarah ini.

“Bawalah keluarga, sahabat handai dan mari kita cipta kenangan yang tidak akan dilupakan bersama-sama,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan