Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seluas 12 hektar ladang rumbia, Ladang Pelita Sagu Sabakong, Mukah terbakar pagi tadi.Foto JBPM

Ladang rumbia terbakar di Mukah

MUKAH, 9 Mei: Ladang rumbia seluas 12 hektar di Ladang Pelita Sagu Sabakong terbakar pagi tadi.

Komander Operasi, Zairi Mahdi @ Mohamad Ikhmal Mahdi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.54 pagi dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu floating water pam empat aliran hos dan sumber air terbuka berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 11 pagi.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan