Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dan Putera Mahkota Jordan Al Hussein bin Abdullah II menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk bekerjasama ke arah merealisasikan keamanan di Timur Tengah. Foto AFP

Jepun, Jordan tegaskan komitmen kerjasama ke arah keamanan Timur Tengah

ByBernama

TOKYO, 9 Mei: Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dan Putera Mahkota Jordan Al Hussein bin Abdullah II menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk bekerjasama ke arah merealisasikan keamanan di Timur Tengah, lapor Jiji Press.

Dalam pertemuan selama 20 minit di Pejabat Perdana Menteri di Tokyo pada Khamis, kedua-dua pemimpin membincangkan isu-isu berkaitan Timur Tengah termasuk situasi di Semenanjung Gaza yang terjejas akibat serangan Israel.

Ishiba menegaskan bahawa Jepun akan terus berusaha ke arah penyelesaian dua negara antara Palestin dan Israel serta keamanan dan kemakmuran rantau itu, dengan kerjasama Jordan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Putera Mahkota atas kerjasama Jordan dalam usaha memindahkan rakyat Jepun dari beberapa negara di sekitar rantau berkenaan.

Putera Mahkota Al Hussein pula menghargai sokongan Jepun dalam pelbagai bidang termasuk pembaharuan ekonomi, dan menyatakan bahawa Jordan tidak akan berkira dalam membantu Jepun, termasuk dalam perlindungan rakyat negara itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan