Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai BNN memusnahkan ganja yang sedia untuk dituai. Foto BNN

Indonesia mulakan penyelidikan ganja untuk perubatan

ByTVS

JAKARTA, 9 Mei: Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia akan menjalankan penyelidikan berkaitan penggunaan ganja dalam bidang perubatan dengan melibatkan Kementerian Kesihatan dan Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN).

Ketua BNN, Marthinus Hukom berkata, penyelidikan tersebut adalah tanggungjawab BNN sebagai tindak balas terhadap keputusan Mahkamah Konstitusi baru-baru ini yang mengarahkan kerajaan mengkaji penggunaan ganja dalam bidang kesihatan.

“Kami memohon masa untuk menjalankan penyelidikan kerana isu ganja ini sedang hangat diperdebatkan sama ada ia boleh disahkan untuk tujuan perubatan, saat ini kami memerlukan hasil kajian lebih tepat dengan melakukan penyelidikan,” katanya

Menurutnya, penyelidikan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan akan dilaksanakan di makmal forensik BNN yang diiktiraf sebagai salah satu makmal forensik terbaik di Asia Tenggara.

Marthinus berkata, permintaan untuk pengesahan ganja bagi tujuan perubatan telah lama disuarakan masyarakat khususnya ibu bapa kepada anak penghidap celebral palsy atau lumpuh otak kerana ganja dipercayai mampu merawat penyakit tersebut.

Bagaimanapun ganja masih dikategorikan sebagai dadah di Indonesia yang bermakna ia dilarang untuk penggunaan umum.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan