Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek. Foto fail Bernama

Impian jadi juara dunia bukan sekadar cakap, perlu ada tindakan – Rashid Sidek

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Mei: Impian besar untuk menjadi juara dunia dan berada dalam kelompok 10 terbaik perlu disusuli dengan komitmen, bukan sekadar kata-kata tanpa tindakan, kata legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek.

Menurut beliau, terdapat segelintir pemain lebih banyak ‘bercakap’ daripada menunjukkan kesungguhan mereka ketika latihan mahupun ketika di gelanggang pertandingan.

“Cakap nak jadi juara dunia, 10 terbaik dunia tapi cakap tak serupa bikin sebab bila waktu latihan tak sepenuh hati.

“Bukan nak kata pemain sekarang manja, tapi matlamat mereka dekat mana?” kata Rashid ketika ditemui selepas menerima pengiktirafan sebagai Ikon Sukan pada majlis Anugerah Sukan Universiti Malaya, malam tadi.

Beliau berkata Malaysia mampu memberikan saingan hebat pada Piala Thomas 2026 jika mempunyai strategi tepat terutamanya dengan adanya tiga beregu lelaki yang menjadi sandaran untuk menyumbang mata buat pasukan negara.

“Kita dah ada tiga beregu yang mantap. Kalau Lee Zii Jia dapat sumbang satu mata bagi perseorangan, kita cuma perlukan satu lagi daripada pemain seperti Justin Hoh atau Leong Jun Hao.

“Dengan strategi dan barisan pemain yang tepat, peluang untuk jadi juara memang tinggi. Bagi saya, kalau ada empat kekuatan pun dah cukup – satu kalah, tiga lagi boleh bantu,” katanya.

Mengimbas kejayaan menjulang Piala Thomas 1992, Rashid berkata ketika itu Malaysia memperoleh mata menerusi dua pemain perseorangan dan satu beregu, untuk menewaskan Indonesia 3-2 dalam perlawanan berlangsung di Stadium Negara.

Sementara itu, menyentuh mengenai pengiktirafan sebagai Ikon Sukan, Rashid berkata pengiktirafan itu menjadi dorongan untuk beliau terus menyumbang kepada pembangunan sukan badminton tanah air.

“Saya akan terus berkecimpung dalam sukan ini dan buat masa sekarang sebagai jurulatih. Segala pengalaman akan saya curahkan kepada pemain-pemain baharu yang ingin menimba ilmu daripada saya,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan