Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenderaan jenis Perodua Viva tenggelam sebahagian selepas terbabas dan terjunam ke dalam kolam kumbahan berhampiran Taman Kingfisher, Kota Kinabalu. Foto JBPM

Ibu, anak lelaki selamat kereta masuk kolam kumbahan

ByTVS

KOTA KINABALU, 9 Mei: Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam kolam kumbahan di Jalan Loji, Taman Kingfisher, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, kenderaan jenis Perodua Viva hilang kawalan sebelum terbabas dan tenggelam dalam kolam berkenaan yang dilitupi tumbuhan air.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan orang awam yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

“Mereka menggunakan kayu yang ditemui di lokasi untuk membantu mangsa keluar dari kenderaan.

“Mangsa wanita berjaya keluar sendiri melalui pintu belakang kereta dan berpaut pada kayu yang dihulurkan manakala pemandu seorang lelaki pula keluar melalui tingkap bahagian pemandu dan turut berpaut kepada kayu sebelum dibantu naik,” katanya.

Kedua-dua mangsa ditenangkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

Difahamkan, antara penyelamat awal merupakan anggota pasukan bomba yang kebetulan berada di lokasi semasa kejadian.

Operasi dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas melibatkan 10 anggota bersama sebuah jentera FRT dan unit EMRS.

Operasi ditamatkan pada jam 8.54 pagi selepas kawasan disahkan selamat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan