Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kapal yang memuatkan diesel untuk dipindahkan ke lori di sebuah jeti di Kuala Baram, Miri. Foto PPM

Cubaan seleweng 24,000 liter diesel gagal

MIRI, 9 Mei: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak merampas sebanyak 24,000 liter diesel dalam satu operasi di sebuah jeti di Kuala Baram di sini, baru-baru ini.

Rampasan pada 5 Mei itu dilakukan dalam Op Taring Landai selepas sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan Marin melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kapal tangki yang sedang memindahkan minyak diesel ke sebuah lori tangki.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak, ACP Ab Rahman Mat Hasan berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua pemandu lori dan juragan kapal yang merupakan warga tempatan gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan pemilikan, penyimpanan dan pengangkutan barang kawalan itu daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Turut dirampas ialah sebuah kapal, sebuah lori tangki dan minyak diesel dianggarkan 24,000 liter. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, juragan kapal turut didapati melakukan beberapa kesalahan di bawah Sarawak River Ordinance 1993 (SRO) dan Merchant Shipping Ordinance 1960 (MSO), antaranya beroperasi tanpa kelayakan sah, tiada permit pengangkutan sungai serta gagal mengemukakan lesen bot dan ketua jurutera (CED) semasa operasi.

Kesalahan di bawah SRO diserahkan kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak manakala kesalahan di bawah MSO diserahkan kepada Jabatan Laut Malaysia untuk tindakan lanjut.

Jumlah keseluruhan nilai rampasan dan saman dianggarkan RM10,252,000.

Ab Rahman turut menyeru orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan seperti ini.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan