Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto Bank Rakyat

Bank Rakyat terbit Sukuk Wakalah Senior bernilai RM1 bilion

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 9 Mei: Bank Rakyat berjaya menerbitkan RM1 bilion Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Berhad.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan memaklumkan, terbitan tersebut dilaksanakan menerusi proses penetapan harga pada 24 April 2025 di bawah Program Sukuk Wakalah Senior sehingga RM10 bilion yang diberikan penarafan AA2 oleh RAM Rating Services Berhad.

“Terbitan tersebut merangkumi dua bahagian iaitu RM120 juta bagi tempoh lima tahun dan RM880 juta bagi tempoh tujuh tahun.

“Bank Rakyat juga berjaya memperoleh permintaan yang menggalakkan bagi Sukuk Wakalah Senior dengan bidaan sebanyak 1.98 kali daripada jumlah terbitan sebenar,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan jumlah terkumpul daripada terbitan Sukuk Wakalah Senior berkenaan akan dimanfaatkan oleh Bank Rakyat bagi tujuan perbankan patuh Syariah termasuk keperluan modal kerja, perbelanjaan modal, pelaburan umum, menyediakan pembiayaan dan tujuan korporat am.

“Bank Muamalat Malaysia Berhad, CIMB Investment Bank Berhad, Maybank Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad telah dilantik sebagai pengurus utama bersama bagi terbitan program Sukuk Wakalah tersebt,” jelas kenyataan itu.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan