Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Foto fail AFP

AS, UK capai perjanjian perdagangan penting – Trump

ByBernama

WASHINGTON, 9 Mei: Presiden Donald Trump mengumumkan pada Khamis bahawa Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) telah mencapai perjanjian perdagangan “penting”.

“Pada pagi ini, saya sangat teruja untuk mengumumkan bahawa kami telah mencapai perjanjian perdagangan yang penting dengan United Kingdom,” kata Trump di Rumah Putih.

Beliau berkata perjanjian dengan UK ini adalah yang pertama dalam siri perjanjian perdagangan yang sedang dirundingkan oleh pentadbirannya selama empat minggu kebelakangan ini.

“Dengan perjanjian ini, UK menyertai Amerika Syarikat dalam mengesahkan bahawa prinsip timbal balik dan keadilan adalah prinsip yang penting dan vital dalam perdagangan antarabangsa,” tambahnya.

UK akan mengurangkan banyak halangan bukan tarif yang “secara tidak adil mendiskriminasi produk Amerika,” kata Trump.

Perdana Menteri UK Keir Starmer berkata secara maya bahawa ia adalah “hari yang benar-benar hebat dan bersejarah” yang kedua-dua negara dapat mengumumkan perjanjian ini.

“Dan saya rasa ini adalah penghormatan yang besar kepada sejarah yang kita miliki untuk bekerjasama rapat. …Perjanjian yang sangat penting. Ini akan meningkatkan perdagangan antara negara dan seluruh negara kita. Ia bukan sahaja akan melindungi pekerjaan, tetapi juga mewujudkan pekerjaan dan membuka akses pasaran,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan