Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AFFIN Group terus mengukuhkan peranannya sebagai pemangkin dalam landskap kewangan serantau dengan menyalurkan pembiayaan sebanyak RM500 juta kepada syarikat Macrovalue Six Sdn Bhd (MV6) untuk pengambilalihan Cold Storage Singapore Pte Ltd. Foto TVS

Affin perkukuh peranan sebagai pemangkin kewangan

ByTVS

KUALA LUMPUR, 9 Mei: AFFIN Group terus mengukuhkan peranannya sebagai pemangkin dalam landskap kewangan serantau dengan menyalurkan pembiayaan sebanyak RM500 juta kepada syarikat Macrovalue Six Sdn Bhd (MV6) untuk pengambilalihan Cold Storage Singapore Pte Ltd.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, perjanjian ini mencerminkan keupayaan bank dalam menawarkan penyelesaian pembiayaan rentas sempadan yang inovatif, sejajar dengan matlamat untuk memperkasa syarikat Malaysia berkembang di peringkat antarabangsa.

“Kami berbangga menjadi pemangkin kepada pertumbuhan serantau ini, selari dengan misi kami untuk memperkukuh peranan Malaysia dalam ekonomi ASEAN.

“Ini juga menunjukkan komitmen AFFIN terhadap perbankan yang bertanggungjawab dan berpaksikan impak,” katanya.

Dalam majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Kumpulan Affin dan Microvalue, beliau memaklumkan bahawa pembiayaan tersebut digunakan untuk mengambil alih 100% kepentingan ekuiti Cold Storage daripada DFI Retail Group

Pengambilalihan tersebut melibatkan 89 aset peruncitan di Singapura, termasuk 48 cawangan Cold Storage, 41 outlet Giant dan dua pusat pengedaran, sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan strategik Macrovalue Group.

Pada masa sama, Wan Razly menyifatkan perjanjian ini juga mencerminkan pelaksanaan Pelan AFFIN Axelerate 2028 (AX28) yang memberi penekanan kepada visi syarikat perbankan berkenaan.

“Di Affin, kami berusaha untuk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan, arkitek peluang dan rakan kongsi yang komited dalam kemajuan.

“Dipandu oleh visi untuk menjadi syarikat kewangan paling kreatif dan inovatif di Malaysia, kami kekal berpegang kepada tiga teras utama; perkhidmatan pelanggan unggul, kepimpinan digital dan amalan perbankan bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Pengasas bersama Macrovalue Group, Datuk Andrew Lim dan Datuk Gary Yap, menyifatkan AFFIN sebagai rakan strategik yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi serantau mereka.

Jelas mereka, ia termasuk kejayaan mereka menghidupkan semula GCH Retail (Malaysia) dalam tempoh 15 bulan selepas pengambilalihan pada 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan