Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 142 bakal jemaah haji dari Sarawak berlepas ke Tanah Suci malam ini bagi menunaikan ibadah haji musim 1446H/2025M. Foto Faitullah Morni (TVS)

142 bakal jemaah haji Sarawak berlepas malam ini

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 9 Mei: Seramai 142 bakal jemaah haji dari Sarawak berlepas ke Tanah Suci malam ini bagi menunaikan ibadah haji musim 1446H/2025M.

Kumpulan jemaah berkenaan dijadualkan berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 11.15 malam menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah, Arab Saudi pada jam 4.05 pagi esok menerusi penerbangan sewa khas haji.

Majlis keberangkatan yang penuh keberkatan itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Tun Wan Junaidi turut meluangkan masa menyantuni jemaah dan menyampaikan pesanan serta kata semangat sebagai dorongan dalam menunaikan rukun Islam kelima dengan penuh iltizam dan keikhlasan.

Untuk rekod, seramai 817 jemaah dari Sarawak merangkumi 331 lelaki dan 486 wanita terpilih mengerjakan ibadah haji bagi musim 1446H.

Penerbangan malam ini merupakan penerbangan ke-34 daripada 100 penerbangan sewa khas haji yang dijadualkan membawa keseluruhan 31,600 jemaah haji Malaysia tahun ini.

Setakat ini, lebih 7,000 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Tanah Suci.

Penerbangan bakal jemaah haji dari Sarawak malam ini turut digabungkan dengan kumpulan jemaah dari Kedah menjadikan jumlah keseluruhan seramai 284 orang dalam satu penerbangan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan