Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, bagi menyelaras dan memantau secara menyeluruh pelaksaan projek di bawah RDA, Jawatankuasa Penyelarasan Agensi Pembangunan Wilayah (RDACC) telah ditubuhkan.

URDA agensi pembangunan wilayah pertama miliki bangunan sendiri

ByMahathir Haroun

KAPIT, 8 Mei: Agensi Pembangunan Hulu Rajang (URDA) muncul sebagai agensi pembangunan wilayah pertama memiliki bangunan sendiri.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia sekali gus menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan di bawahnya terutama dalam Bahagian Kapit.

“Kita berbangga melihat URDA menjadi RDA pertama yang memiliki bangunan sendiri.

“Ia akan merancakkan lagi pembangunan yang dirancang di kawasan di bawah URDA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa lawatan ke Pejabat URDA di Kapit hari ini. Turut hadir Datuk Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak dan ADUN Bukit Goram.

Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, bagi menyelaras dan memantau secara menyeluruh pelaksaan projek di bawah RDA, Jawatankuasa Penyelarasan Agensi Pembangunan Wilayah (RDACC) telah ditubuhkan.

“Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh saya sendiri dan keahliannya terdiri daripada semua pengurus dan pegawai tadbir urus RDA serta agensi berkaitan seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri (EPU), Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri Sarawak (SIMU), kementerian dan jabatan teknikal berkaitan,” ujarnya.

Dr. Abdul Rahman pada masa ini dalam rangka lawatan ke semua pejabat RDA bermula dari 5 hingga 16 Mei.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan