Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sidang sulit Vatican bagi memilih Paus ke-267 bermula pada Rabu, namun asap hitam yang kelihatan dari cerobong Gereja Kecil Sistina menandakan tiada calon terpilih dalam undian pusingan pertama, lapor Anadolu Ajansi (AA). Foto AFP

Undian pertama sidang sulit: Asap hitam tanda tiada paus dipilih

ByBernama

GENEVA, 8 Mei: Sidang sulit Vatican bagi memilih Paus ke-267 bermula pada Rabu, namun asap hitam yang kelihatan dari cerobong Gereja Kecil Sistina menandakan tiada calon terpilih dalam undian pusingan pertama, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Proses pengundian dijadual bersambung pada Khamis ketika gereja Katolik menantikan pengumuman pemimpin baharu mereka.

Jika Paus baharu dipilih, asap putih akan kelihatan dari cerobong sebagai isyarat diikuti pengisytiharan oleh Kardinal Protodeacon dari balkoni Basilika St. Peter.

Mengikut tradisi berabad lamanya, seramai 133 kardinal berhimpun di Vatican untuk memulakan proses pemilihan pemimpin baharu.

Mengikut peraturan, calon perlu memperoleh majoriti dua pertiga untuk dilantik sebagai Paus seterusnya.

Sidang sulit tahun ini meneruskan tradisi yang bermula pada 1492, ketika Gereja Kecil Sistina kali pertama digunakan untuk pemilihan Paus.

Walaupun dalam sejarah terdapat sidang sulit yang mengambil masa bertahun-tahun, proses pemilihan pada era moden lebih pantas.

Pada 2013, Paus Francis dipilih selepas lima pusingan undian dalam tempoh dua hari.

Paus Francis meninggal dunia pada 21 April lalu pada usia 88 tahun akibat komplikasi kesihatan termasuk serangan jantung.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan