Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Foto fail AFP

Trump umumkan perjanjian perdagangan utama pada Khamis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengadakan sidang media pada Khamis bagi mengumumkan satu perjanjian perdagangan utama yang melibatkan sebuah negara yang disifatkannya sebagai “besar dan amat dihormati,” menurut hantaran di platform Truth Social miliknya.

Sidang media itu dijadual berlangsung pada 10 pagi waktu timur AS (14:00 GMT), namun Trump tidak mendedahkan negara yang terlibat dalam perjanjian berkenaan, lapor Reuters.

Pengumuman ini dibuat ketika laporan mengenai rundingan perdagangan peringkat tinggi antara AS dan China sedang berlangsung di Switzerland.

Menurut Anadolu Ajansi (AA), Kementerian Luar China pada Rabu mengesahkan Naib Perdana Menteri He Lifeng akan bertemu Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent di Switzerland bagi rundingan isu berkaitan tarif.

He Lifeng, yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi dan perdagangan China-AS akan mengetuai delegasi China ke Switzerland dari Jumaat hingga Isnin.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dilaporkan berkata mesyuarat itu diadakan atas permintaan AS.

Rundingan diadakan susulan ketegangan perdagangan yang meningkat antara kedua-dua negara baru-baru ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan