Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Foto fail AFP

Trump mahu hidupkan semula hollywood dengan tarif filem 100 peratus

ByBernama

BRUSSELS/WASHINGTON, 8 Mei: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhasrat mengembalikan kepimpinan negaranya dalam industri filem global yang kian merosot menerusi pelaksanaan tarif baharu, sebagai usaha menghidupkan semula perniagaan Hollywood, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Industri filem di Amerika SEDANG MATI dengan begitu pantas,” kata Trump dalam hantaran di laman Truth Social pada Ahad.

Trump telah mengarahkan Jabatan Perdagangan dan Wakil Perdagangan AS supaya “segera memulakan proses mengenakan tarif 100 peratus ke atas semua filem” yang dihasilkan di luar AS.

Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick menyatakan persetujuannya menerusi hantaran ringkas “Kami sedang menguruskannya” di platform X.

Dalam kenyataan di Rumah Putih pada Isnin, Trump berkata beliau akan bertemu wakil industri filem untuk membantu, sambil mendakwa bahawa “Hollywood sedang dimusnahkan.”

Beliau turut menyalahkan Gabenor California Gavin Newsom kerana “membiarkan perkara itu berlaku,” dan menuduh negara lain telah “mencuri” industri filem AS.

Bagaimanapun, Trump kemudian dilihat melembutkan nada kenyataannya susulan reaksi balas terhadap rancangan tarif 100 peratus itu, dengan berkata beliau akan bertemu wakil industri bagi “memastikan mereka berpuas hati kerana keutamaan kita ialah pekerjaan.”

Pengumuman tarif itu dibuat selepas pertemuan Trump dengan pelakon dan Duta Khas Hollywood, Jon Voight di Mar-a-Lago yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan penggiat industri filem AS.

Voight turut memuat naik video di platform X bertajuk “Rancangan menyelamatkan Hollywood”, yang mendakwa ramai rakyat AS telah kehilangan pekerjaan dalam industri berkenaan akibat pemindahan lokasi penggambaran ke luar negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan